ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI :

PENGENALAN KEPADA INTERNET, MICROSOFT OFFICE WORD DAN POWER POINT.

Tarikh : 8,10,11,17,18 Sept 2017
Masa : 2.00 Petang  – 5.00 Petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Gua Musang
Peserta : 11 Orang

Tujuan


Membolehkan setiap peserta dan masyarakat amnya terbiasa menggunakan emel sebagai medium komunikasi serta memberi pendedahan akan kepentingan penggunaan emel dalam kehidupan seharian. Dan pengenalan asas microsoft office word dan power point.


Aktiviti


Para pelajar di beri pembentangan dan keterangan slaid berkaitan dengan aktiviti penggunaan emel. Menerangkan langkah – langkah mencipta emel untuk diaktifkan bagi membolehkan penggunaannya.

Pelajar juga diberi latihan microsoft office word dan power point supaya cepat mahir untuk menyiapkan kerja – kerja yang berkaitan.