|
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah pengenalan asas kepada peserta tentang peralatan dan operasi sistem komputer, bagaimana komputer berfungsi dan cara mengenali peralatan dan jenis sistem operasi. Peserta juga turut di ajar cara menggunakan emel.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta di beri taklimat penerangan dan tayangan slaid berkaitan asas – asas peralatan, sistem operasi dan juga penggunaan emel. Mengenal peralatan yang wajib ada setiap komputer dan bagaimana komputer beroperasi bersama sistem operasi. Peserta juga turut di ajar cara membina, membuka, menghantar fail dengan menggunakan emel sendiri yang telah dicipta semasa dalam kelas.