Tarikh : 11 September 2019. Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang Lokasi : Perkarangan Pusat Internet Gua Musang. Peserta : 80 Orang. |
Tujuan
Tujuan hari bersama komuniti ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat dengan memperkenalkan pelbagai program yang ada akan memberi manfaat kepada penduduk. Program yang telah diadakan seperti Pertandingan mewarna, Menaip pantas, pengenalan dashboard komuniti dan lain – lain program untuk menggalakkan komuniti hadir ke pusat internet menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak, pendedahan berkaitan dengan kesedaran penggunaan internet terutama kepada anak – anak di peringkat sekolah rendah dan pra sekolah.
Pertandingan menaip pantas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, membolehkan peserta menunjukkan skill tersendiri dengan menaip.
Dashboard Komuniti, peserta di beri taklimat tentang penggunaan dashboard komuniti dan memasang aplikasi di telefon masing – masing untuk mengakses dengan cepat maklumat terkini.
Ewaste Mobile, peserta juga boleh menukar peralatan seperti charger, telefon dan cabel yang rosak dengan hadiah disediakan oleh pusat internet, kempen ini menggalakkan orang ramai supaya tidak membunag peralatan elektronik merata – rata dan seterusnya menjadi pencemaran alam sekitar.
Dan pelbagai acara lain dan pameran dari agensi kerajaan seperti Kaunter PTPTN, AADK, Boot TM Unifi, Klinik Kesihatan wakil warga emas, Majlis Daerah Gua Musang, yang bersama menjayakan program tersebut.
|
- Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan supaya peserta boleh memahami asas perniagaan, menggunakan laman Facebook dan juga membuat iklan berbayar.
- Aktiviti
- Aktiviti ini berlangsung selama 2 hari, Pada hari pertama, para peserta di beri taklimat asas perniagaan secara menyeluruh teori perniagaan.
- Pada hari kedua peserta di beri taklimat tentang laman facebook dan mencipta akaun perniagaan. Peserta juga di beri tunjuk ajar tentang pemilihan posting, cara – cara penggunaan ayat, dan juga penerangan ringkas tentang iklan berbayar yang ada dalam facebook.
- Gambar Aktiviti
-
- Tarikh : 18 Jul 2019.
- Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tgh Hari
- Lokasi : Pusat Internet Gua Musang.
- Peserta : 7 Orang.
- Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan supaya peserta boleh menggunakan emel dan drive.
- Aktiviti
- Dalam aktiviti ini, peserta di beri tunjuk ajar cara menggunakan emel dan drive. Peserta diberi tunjuk ajar cara menghantar fail, gambar, video melalui emel. Dan memasukkan data ke dalam drive untuk mengumpulkan data – data secara online.
Tarikh : 8 Aug 2019.Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari.Lokasi : Pusat Internet Gua Musang.Peserta : 5 Orang |
- Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan supaya peserta boleh memahami asas komputer dan emel.
- Aktiviti
- Dalam aktiviti ini, peserta diberi taklimat tentang pengenalan komputer, mengenali jenis – jenis komputer. Sejarah terciptanya komputer di dunia supaya peserta celik it akan tertubuhnya komputer adalah untuk kebaikan dan memudahkan sesuatu kerja. Peserta juga diberi tunjuk ajar akan kelebihan penggunaan emel dan kebaikan pada masa kini.
- Gambar Aktiviti
-
- Tarikh : 3 Jul 2019.
- Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tgh Hari
- Lokasi : Pusat Internet Gua Musang.
- Peserta: 16 Orang.
- Tujuan
- Tujuan kelas ini diadakan supaya peserta boleh membuat tugasan rancangan perniagaan bagi potfolio.
- Aktiviti
- Dalam aktiviti ini, peserta di beri tunjuk ajar cara memasukkan gambar, jadual, membetulkan font supaya hasil kerja menjadi kemas.
- Peserta di dedahkan cara menggunakan menu lain yang membolehkan menghasilkan kerja – kerja yang diperlukan.