KELAS MICROSOFT OFFICE
- Tarikh : 22, 29, 30 Dan 31 Oktober 2017
- Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang, 2.00 Petang – 5.00 Petang
- Lokasi : Pusat Internet Gua Musang
- Peserta : 10 Orang Peserta
Tujuan
Pengenalan dan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan microsoft office dalam memudahkan urusan kerja berkaitan dokumen.
Aktiviti
Para peserta di beri taklimat yang ringkas dan padat tentang cara penggunaan microsoft office yang betul supaya menjadikan kerja yang di lakukan menjadi kemas, para peserta juga di beri latihan yang mencukupi supaya mahir dalam menggunakan menu dan sub menu yang ada dalam microsoft office tersebut.
- LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI
- Tarikh : 7 Oktober 2017
- Masa : 9.00 Pagi – 2.00 Petang
- Lokasi : Pusat Internet Gua Musang
- Peserta : 44 Orang Peserta
Tujuan
Program bersama komuniti bertujuan memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat dengan lebih dekat lagi disamping pelbagai kemudahan yang dapat digunakan dalam aplikasi Dashboard.
Aktiviti
Para komuniti di beri taklimat tentang kemudahan yang ada dalam aplikasi dashboard dan diberi tunjuk ajar untuk menggunakan my komuniti, my soal, my shop, my health dan my skoll, penggunaan dashboard komuniti ini dapat memberi maklumat dan info semasa dapat disampaikan lebih cepat dan berkesan.
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI : PENGENALAN KOMPUTER DAN EMEL
- Tarikh : 22, 25 Dan 26 Oktober 2017
- Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
- Lokasi : Pusat Internet Gua Musang
- Peserta : 6 Orang Peserta
Tujuan
Supaya peserta kenal tentang peralatan, fungsi, jenis – jenis dan kebaikan komputer.
Aktivi
- Para peserta di beri taklimat tentang peralatan komputer.
- Bagaimana peralatan komputer berfungsi.
- Jenis – jenis operasi sistem yang ada pada komputer.
- Membina emel setiap orang dan latihan menghantar emel kepada rakan – rakan.
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI :
PENGENALAN KEPADA INTERNET, MICROSOFT OFFICE WORD DAN POWER POINT.
Tarikh : 8,10,11,17,18 Sept 2017
Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Gua Musang
Peserta : 11 Orang
Tujuan
Membolehkan setiap peserta dan masyarakat amnya terbiasa menggunakan emel sebagai medium komunikasi serta memberi pendedahan akan kepentingan penggunaan emel dalam kehidupan seharian. Dan pengenalan asas microsoft office word dan power point.
Aktiviti
Para pelajar di beri pembentangan dan keterangan slaid berkaitan dengan aktiviti penggunaan emel. Menerangkan langkah – langkah mencipta emel untuk diaktifkan bagi membolehkan penggunaannya.
Pelajar juga diberi latihan microsoft office word dan power point supaya cepat mahir untuk menyiapkan kerja – kerja yang berkaitan.
TAKLIMAT E-REZEKI
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 56 orang peserta sepanjang julai 2017 dengan golongan sasaran yang berumur 18 tahun keatas, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah pendapatan sampingan dengan platfom yang disediakan oleh E-rezeki.
Aktiviti
Para peserta di beri taklimat mengenai pelbagai platfom E-rezeki sehingga faham dan seterusnya terus melakukan kerja – kerja yang telah disediakan.
INTEL EASY STEP (IES)
Tarikh : 24,25,26,27 Julai 2017Lokasi : Pusat Internet Gua MusangPeserta : 17 OrangTujuan
Kelas ini dihadiri oleh 17 orang peserta sepanjang julai 2017 oleh kakitangan Pejabat Agama Jajahan Gua Musang, tujuan kelas ini adalah untuk menambah ilmu berkaitan asas komputer seperti asas perkomputeran, emel, media sosial, asas keusahawanan supaya dapat digunakan untuk kerja harian.
Aktiviti
Para peserta di beri taklimat dengan jelas dan melakukan latihan sejurus selesai taklimat supaya peserta mudah memahami.
LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 12 Ogos 2017Lokasi : Pusat Internet Gua MusangPeserta : 51 Orang
Tujuan
Program Sehari bersama komuniti bertujuan memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat dengan lebih dekat lagi disamping pelbagai kemudahan yang dapat digunakan dalam aplikasi DK itu sendiri.
Aktiviti
Taklimat dashboard komuniti (DK), memberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan kepentingan DK bagi sesebuah komuniti agar maklumat dan info semasa dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan. Selain itu, memberi nilai tambah kepada komuniti melalui penjualan produk produk secara percuma dan meliputi pasaran yang luas di seluruh negara.
Cabutan bertuah menjadi salah satu acara sampingan selang waktu yang di ambil untuk meneruskan agenda aktiviti yang seterusnya.
Taklimat erezeki juga aktiviti yang mana sedikit pencerahan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui telefon pintar dan internet. Aktiviti ini dibuat untuk menarik minat peserta pengunjung hari dashboard komuniti 2017 ini.
LITERASI DIGITAL : TONTON VIDEO DAN PENERAPAN ETIKA
Tarikh : 5 Jun 2017
Masa : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Gua Musang
Peserta : 4 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah/menengah, tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan Etika dan kewaspadaan dalam melayari internet serta yang berkaitan.
Aktiviti
Para pelajar di beri keterangan slaid berkaitan dengan etika dan perlakuan yang baik serta menerangkan langkah – langkah yang boleh diamalkan untuk mencegah dari perbuatan yang tidak bermoral.
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
Tarikh : 6 Jun 2017
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Gua Musang
Peserta : 4 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri 4 orang pelajar sekolah rendah.menengah, tujuan kelas ini adalah mengajar asas perkomputeran kepada adik – adik pelajar. Memdedahkan dengan kemahiran baru yang wajib dipelajari oleh adik – adikagar tiada kejutan budaya berlaku pada peringkat kolej atau university nanti.
Aktiviti
Para pelajar di beri sesi penerangan dan latihan dalam kelas agar peserta mahir menggunakan kemahiran digital tersebut.
LATIHAN KEUSAHAWANAN : MICROSOFT EXCEL
Tarikh : 7 Jun 2017
Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Gua Musang
Peserta : 2 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri 2 orang peserta, tujuan kelas ini adalah pengenalan kepada kemahiran Office Excel bagi kegunaan harian sama ada dalam pengajian mahupun kehidupan seharian.
Aktiviti
Para pelajar di beri sesi penerangan dan latihan dalam kelas agar peserta mahir menggunakan kemahiran digital tersebut. Serta peserta dapat input baru agar dapat digunakan dikemudian hari nanti sama ada di peringkat pengajian atau peringkat kerjaya.