USAHAWAN MENJUAL MAKANAN BERASASKAN AIS KRIM DAN KEK
|
Latar belakang
Menjalankan perniagaan menjual makanan kek dan ais krim di sekitar kawasan Gua Musang melalui kawasan tumpuan orang ramai di bandar lama gua musang. Juga menjalankan urusniaga mencari pelanggan melalui cara biasa dengan menjual borong pasar malam yang ada di sekitar Gua Musang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya menjual makanan kek dan ais krim yang berada di sekitar gua musang dan perkhidmatan kepada kawan – kawan atau kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan urusan penjualan barang niaga sangat mudah diuruskan. Pernah juga mencuba sesuatu yang baru hasil daripada carian sendiri melalui internet, namun tanpa dorongan dan bantuan dari pihak pusat internet ianya sukar dicapai. Saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam perniagaan saya semoga ianya menjadi titik mula untuk saya mengembangkan lagi perniagaan saya