MEMBUAT DAN MENCETAK SURAT.

  • Nama      : Daud Bin Ahmad
  • Umur       : 48 Tahun
  • Ahli          : 2017

 

Latar Belakang

En Daud merupakan seorang kakitangan dipejabat daerah , beliau mengenali pusat internet apabila di minta oleh pejabat daerah supaya menghadiri kelas asas di pusat internet. Selepas mengenali dengan lebih dekat beliau nekat  ingin belajar komputer kerana amat memerlukan pengetahuan itu untuk memudahkan kerja – kerjanya dan juga menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan cekap.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet En Daud tidak pandai membuat surat, mencetak dan juga melayari internet dan memerlukan bantuan daripada petugas.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, En Daud kini sudah pandai menaip surat menggunakan microsoft office, mencetak dan juga melayari internet tanpa bantuan petugas.