ASAS KOMPUTER, BELAJAR MANAIP DAN BERINTERNET

  • Nama   : Nora Shikin Binti Maarof
  • Umur    : 18 Tahun
  • Ahli       : 10 Ogos 2018

 

Latar belakang

Bermula bulan Ogos 2018, peserta ini telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Gua Musang untuk mempelajari kemahiran asas-asas computer.   Selepas tamat persekolahan tingkatan 5, kebetulan beliau tidak melakukan sebarang aktiviti seperti bekerja atau sambung belajar, beliau ingin menggunakan masa terluang berkenaan dengan mengkuti kelas Komputer yang disediakan di pusat internet.

Peserta merupakan seorang lepasan sekolah yang tinggal di kampong berdekatan iaitu Kg Tanah Putih yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Pusat Internet Gua Musang

Peserta ini tiada kemahiran dalam pengendalian komputer dan hanya tahu serba sedikit berkaitan dengan penggunaan compute sahaja, jadi pihak petugas Pusat Internet mengambil inisiatif untuk menyediakannya dengan kelas latihan asas-asas perkomputeran di samping kelas kemahiran baru Microsoft Office Word, Excel dan powerpoint.

Setelah itu, peserta telah Berjaya mengikuti beberapa siri kelas latihan sama ada berbentuk dalam kumpulan dan juga latihan individu, ianya menampakkan kesan dan beliau kini telah mahir tentang beberapa perkara berkaitan dengan penggunaan computer. Ianya merangkumi kemahiran asas, penggunaan emel dan internet serta beberapa aplikasi yang mampu dikendalikannya.

Manakala, kemahiran baru seperti menaip laju, membuat dokumen seperti surat dan laporan Berjaya dilakukannya sebagaimana latihan yang diberikan. Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran yang beliau ada, maka beliau disarankan untuk menggunakan tempoh percuma sebagai medan latihan semasa tiada aktiviti yang dilakukan.

Akhir sekali peserta ini telah Berjaya keluar dari tahap tiada ilmu kepada celik ilmu perkomputeran hasil usaha gigih beliau sendiri untuk hadir ke kelas latihan yang disediakan oleh Petugas-petugas Pusat Internet Gua Musang. Syabas dan tahniah diucapkan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Tiada kemahiran berkaitan emel, internet dan kemahiran baru seperti Microsoft Office
  • Tidak biasa dan sangat jarang menggunakan computer sebagai medium untuk melaksanakan kerja-kerja harian
  • Tiada kemahiran dalam aplikasi dan sebahagian kemahiran perkomputeran
  • Kurang informasi berkaitan dengan program-program kesedaran seperti Klik Dengan Bijak, E-waste serta program advokasi yang lain

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Berjaya menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan asas-asas perkomputeran yang mana di zaman ini amat memerlukan kemahiran berkenaan.
  • Dapat membiasakan diri menggunakan computer secara lebih mahir dan dapat mengenalpasti kesesuaian aplikasi untuk tugasan yang akan dilaksanakan
  • Menambahkan ilmu tentang advokasi dan kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah dan dapat sentiasa berwaspada dengan sesuatu viral atau bahan dari internet yang mencurigakan sebelum mengongsikan sesuatu.
  • Memperolehi maklumat dan menyampaikan kepada rakan serta sanak saudara berkaitan sesuatu yang tidak betul atau tidak sahih dan kesannya jika ianya tidak dipatuhi.
  • Bersedia untuk memohon mana –mana institusi pekerjaan dan menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. Peserta lebih yakin dan bersedia untuk berada di pasaran kerja