USAHAWAN REKA GRAFIK

Nama   : Mohd Fakri Razif Bin Md Noor
Umur   : 37 Tahun
Ahli      : 12 Mei 2017

 

Latar Belakang

Menjalankan perniagaan menghasilkan reka grafik untuk dicetak pada kain rentang, bunting, baju dan sebagainya. Manakala percetakan baju, cenderahati dan produk-produk berkaitan percetakan silk-skrin juga beliau ceburi.
Bermula daripada pengalaman bekerja dalam bidang yang sama, beliau berani untuk keluar dan menceburkan diri dengan membuka perniagaan sendiri sekitar tahun 2015 dengan nama Qisyagi Art and Design.
Alhamdulillah, dengan membuka perniagaan baru ini, perkembangan perniagaan memuaskan disamping terus menjalin hubungan mesra dan perniagaan di tempat kerja lama serta saling berkongsi dan memerlukan antara satu sama lain bagi memastikan kebersamaan dalam membangunkan perniagaan yang diceburi.
Pada tahun 2017, perkembangan perniagaan yang semakin maju mendorong beliau membuka satu cawangan di bandar baru Gua Musang juga.
Selain itu, beliau tidak sahaja berniagaan hanya satu produk tapi mencuba mencari sampingan yang lain untuk memastikan kesinambungan pendapatan boleh ditambah. Menjual sabun, produk-produk kecantikan dan sebagainya adalah sumber pendapatan sampingan yang disokong penuh oleh isterinya yang merupakan pendorong kuat disebalik kejayaan beliau.
Apapun, beliau dapat berbangga dengan apa yang diperolehi sekarang dan mengharapkan suatu masa perniagaan beliau akan terus berkembang dan maju lagi InsyaAllah.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Di awalnya perkembangan sudah mengikuti teknologi semasa dengan perkembangan media sosial dan ict. Kemahiran komputer merupakan asas kepada perkembangan perniagaan yang diceburi, namun dengan sumber yang terhad dan penggunaan kemahiran ICT yang tidak meluas, menyebabkan juga perniagaan tidak berkembang pesat dan terhad

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya perkembangan ilmu yang baharu khususnya dalam ICT, perkembangan perniagaan beliau dapat dijanakan dengan lebih baik.
Penggunaan media sosial banyak mempengaruhi perkembangan perniagaan beliau. Penggunaan WhatsApps, Telegram, Facebook Page dan lain-lain aplikasi amat merangsang perkembangan perniagaan beliau.
Selain itu, penambahan ilmu dalam bidang berkaitan dapat melebarluaskan lagi perkembangan perniagaan beliau.