Nama  : Isyani Bt Ismail
Umur   : 44 Tahun
Ahli      : 27 September 2019

 

Latar belakang

 

Menjalankan perkhidmatan mengemas rumah di kawasan gua musang hampir 1 tahun yang lalu. Merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 1 orang anak, beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai jurujual makanan di sebuah kedai makan, dan kini beliau telah membuka perniagaan perkhidmatan sendiri yang boleh dilakukan apabila ada tempahan daripada pelanggan disekitar gua musang.

Perkhidmatan beliau merangkumi kawasan bandar gua musang dan sekitar dalam 10 km dari kediamannya sahaja kerana beliau bergerak secara solo.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.