Nama  : Nurul Asmaa Bt Mat Hussin
Umur   : 20 Tahun
Ahli      : 27 September 2019

 

Latar belakang

 

Menjalankan perniagaan di kampung rpt sungai terah hampir 3 tahun bermula awal 2017. Merupakan seorang pelajar lepasan ijazah sarjana muda usuluddin di kolej insaniah alor star kedah. Beliau mula menceburi dalam bidang dropship pakaian ini ketika masih belajar lagi berterusan sehingga ke hari ini.

Urusan jual beli secara kecilan sekitar di kampung – kampung dan kenalan rapat sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.