Nama   : Mohd Azrul Bin Isahak
Umur    : 35 Tahun
Ahli       : 15 Jun 2019

 

Latar belakang

 

Merupakan staf kementerian kesihatan malaysia cawangan gua musang mula menjalankan pemeliharaan ikan hiasan di perkarangan rumah sebagai hobi sahaja. Minat mendorong beliau untuk mencuba memelihara ikan hiasan sehingga kini. Beliau mula melibatkan diri pada tahun 2018 lagi sehingga sekarang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perniagaan ikan hiasan ini hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan beberapa kampung berdekatan sahaja kerana stok ikan hiasan ini masih belum banyak dan masih dalam proses pembiakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

 

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

 

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.