Nama   : Mohd Helmi Bin Abdullah
Umur    : 32 Tahun
Ahli       : 19 Nov 2009

 

Latar belakang

 

Menjalankan perniagaan di perkarangan kereta sewa di stesen bas lama gua musang hampir 7 tahun bermula awal 2014. Sebelum ni bekerja sebagai polis bantuan ktmb selama 3 tahun dan mengambil keputusan untuk membuka car wash berhampiran kediaman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang melalui kawasan itu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

 

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

 

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.