Nama   : Norhidayah Binti Yaso
Umur    : 33 Tahun
Ahli       : 20 Dec 2018

 

Latar belakang

 

Menjalankan perniagaan hanya dirumah sekitar tahun 2018, kebanyakan pelanggan hanya kenalan facebook sahaja, kini berpeluang menyewa unit kedai dalam pasar besar gua musang untuk memudahkan pengurusan stok.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang dalam kenalan terdekat dan melalui kawasan itu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.

 

Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.

 

Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.