Nama   : Nur Auni Binti Mohd Zuki
Umur    : 22 Tahun
Ahli       : 6 Aug 2016

 

Latar belakang

Cik nur auni merupakan anak tempatan gua musang, tinggal di perumahan jpn jalan gua musang - kuala lipis, bermastautin di gua musang sudah melebihi 10 tahun sehingga kini. Tinggal bersama keluarga dan masih lagi belum berkahwin. Sudah lima tahun tamat dalam pendidikan menengah, kini beliau masih belum bekerja dan masih lagi berusaha. Dengan tidak mempunyai pekerjaan, cik nur auni ingin mencuba nasib dalam perniagaan online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan pada masa ini hanya tertumpu kepada kenalan dan dalam platfom whatapp dan facebook peribadi sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan platfom shopee, penjualan sangat mudah di uruskan, kerana hanya memantau dalam aplikasi jika ada pesanan terus di proses untuk penghantaran.  Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui shopee dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan. Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.