Nama   : Nur Saadah Binti Mat Rani
Umur    : 20 Tahun
Ahli       : 18 OKT 2016

 

Latar belakang

Cik nur saadah merupakan anak tempatan gua musang yang tingal di kampung tanah putih, mempunyai 7 adik beradik beliau merupakan anak bongsu, masih lagi belajar dan sekarang pernah menjalankan beberapa kursus di pusat internet gua musang. Beliau meminati bidang perniagaan ketika pertama kali mengikuti kurus keusahawanan di pusat internet dan beliau memberanikan diri untuk bermula sekecil – kecil perniagan secara online di dalam platfom shopee yang kini amat popular di malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan hanya tertakluk kepada facebook biasa dan whatapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas diperkenalkan media shopee menjadikan pasaran amat luas dan tidak terbatas pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi. Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan. Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.