Events Calendar

Program SSM BizStart 2023
Monday, October 30, 2023, 08:30am - 01:00pm
Hits : 8
Contact 0122667650
PROGRAM SSM BIZSTART 2023 ANJURAN BERSAMA SSM DAN MCMC
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) akan menganjurkan Program SSM BizStart 2023.
Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi pengetahuan kepada Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi melahirkan komuniti usahawan yang memahami dengan jelas kepentingan pendaftaran perniagaan.
Program SSM BizStart akan memberikan penekanan kepada 5 topik utama seperti berikut :
1. Pendaftaran Perniagaan
2. Rancangan Perniagaan
3. Platform Perniagaan
4. Fasiliti Perniagaan
5. Pengurusan Kewangan Perniagaan
Program SSM BizStart ini juga akan disertai oleh rakan-rakan strategik seperti INSKEN, AIM, PERNAS, dan BSN yang akan menawarkan inisiatif yang bersesuaian kepada usahawan.
Sehubungan dengan itu, SSM dan MCMC menjemput semua Rakan Digital PEDi untuk menyertai program SSM BizStart. Maklumat program adalah seperti berikut:
Program : Program SSM BizStart 2023
Tarikh Program : 30 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 8:30 Pagi - 1:00 Petang
Tempat/Platform : Program adalah secara atas talian, Pautan Link akan diberikan melalui email selepas pendaftaran RVSP dibuat.
Siapa yang wajib hadir?
1. Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
2. Peniaga atas talian dan media sosial
3. Peniaga secara jualan langsung, dropshipper dan agen insurans
4. Pelajar IPT
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh pm kami
Location pedi gua musang