GUA BATU MADU (KG BATU PAPAN GUA MUSANG)

  

kredit www.kesedar.gov.my

Lokasi
Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang, berdekatan Balai Polis Gua Musang, Untuk sampai ke sana perlu melalui sebuah kampung iaitu kampung batu papan.

Tarikan
Antara tarikan Gua Madu salah satu rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil, nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.
Gua Madu yang terletak di Kampung Batu Papan, kawasan pelancongan ini sebenarnya menyimpan sedikit sebanyak kisah lampau termasuk kawasan ini juga pernah didiami oleh sekumpulan komunis.ia juga menyimpan pelbagai bahan menarik untuk diselusuri oleh pencinta alam sekitar dan pengkaji sejarah di negara ini.

Homestay
Di kampung batu papan juga ada disediakan homestay untuk pencinta alam. sila hubungi Zamri di talian 019-9123400.