POS GUA MUSANG

Perkhidmatan pos juga penting bagi sesebuah bandar yang ingin maju memudahkan masyarakat untuk urusan berkaitan Pos, Berada di bandar lama Gua Musang tempat yang strategik memudahkan untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan urusan berkaitan.

Perkhidmatan yang ditawarkan :

- Semua Urusan Pos barang / dokumen.
- Pembayaran bil
- Pembayaran insyuran dan lesen kenderaan.
- Ar-rahnu pos malaysia
- Dan lain - lain

Beralamat :

No 4, Jalan Besar, Pekan Gua Musang
18300 Gua Musang, Kelantan

Tel : 09-912 1215

MASJID FAIZ

Gambar Kredit : khairul azan DJI PHANTOM

Latar Belakang

Masjid tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang telah dibina pada 19 oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 mac 1991. Kementerian Luar Bandar melalui agensinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (kesedar) telah memperuntukan sejumlah Rm2j lebih bagi membina dan menyiapkan bangunan ini. Pada 4 april 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid bagi Mukim Bandar Baru, Gua Musang dan Sebagai Masjid Bandar(Masjid Jajahan).

Lokasi

- Berada di bandar baru Gua Musang.
- berada di laluan utama Kuala Lipis - Gua Musang.
- 3Km dari bandar lama.

Alamat
- Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan
- tel : 09-9126624
- Facebook : Masjid Fa-iz Gua Musang

 
 
Pasar Malam
Pasar Malam atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai PASAR LAMBOK, kawasannya berdekatan dengan pasar besar gua musang, hospital dan bangunan majlis daerah yang sedang dibina adalah salah satu tumpuan orang ramai yang berada dikawasan gua musang, ia beroperasi setiap minggu bermula pada khamis pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00malam. manakala hari jumaat pula beroperasi pada pukul 8.00pagi sehingga pukul 12.00tgh hari. aktiviti jualan meliputi semua termasuk makanan, peralatan rumah, pakaian dan lain - lain.

 Sumber Gambar


Perpustakaan Awam Cawangan Gua Musang
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Cawangan Gua Musang,
Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Tel : 09-9120421


Waktu Perkhidmatan :


Sabtu (9:00 Pagi - 5:00 Petang)
Ahad-Rabu ( 9:00 Pagi - 5:15 Petang)
Khamis & Jumaat (Tutup)

Facebook : Perpustakaan Awam Kelantan

hentian gua musang

 

Hentian Gua Musang terletak di pintu masuk utama ke negeri Kelantan, terutamanya bagi mereka yang datang dari arah selatan seperti Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Lokasi strategik ini menjadikan Hentian Gua Musang sebagai titik perhentian penting bagi pengembara dan pelancong yang menuju ke Kelantan. Berikut adalah beberapa maklumat tambahan:


1. Pintu Masuk ke Kelantan:


Hentian Gua Musang terletak di jalan utama yang menghubungkan negeri-negeri di pantai barat dengan Kelantan. Jalan ini adalah laluan utama yang digunakan oleh kenderaan peribadi, bas ekspres, dan kenderaan komersial.


2. Strategi Pengangkutan:


Banyak bas ekspres dan syarikat pengangkutan awam memilih Gua Musang sebagai salah satu hentian utama sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain di Kelantan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, dan Rantau Panjang.


3. Rehat dan Rawat:


Penumpang sering menggunakan Hentian Gua Musang sebagai tempat untuk berehat dan menikmati makanan sebelum meneruskan perjalanan jauh. Terdapat pelbagai gerai makanan dan kedai runcit yang menyediakan keperluan asas.


4. Kemudahan Tambahan:


Kemudahan seperti tandas awam, tempat duduk menunggu yang selesa, dan informasi perjalanan yang jelas membantu memudahkan penumpang dalam perancangan perjalanan mereka.