P032 1

Nama YB Tuan Mohd Azizi Bin Abu Naim
Parti PN
Tempat Duduk E-23
Parlimen P032
Kawasan Gua Musang
Negeri Kelantan
No. Telefon -
No. Faks 09-9123422
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Media Sosial FB : Mohd Aziz Abu Naim
Twitter : azzienaim22
IG : @azizienaim
Alamat Surat-menyurat No.284, Jalan Dahlia, Taman Wangi, 18300 Gua Musang, Kelantan.

 

243195109 343536744123034 2397288189352686435 n

Nama YB. MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
Parti PH-BN
Tempat Duduk -
Parlimen N45 Galas
Kawasan Gua Musang
Negeri Kelantan
No. Telefon 09-9121887
No. Faks 09-7748020
Email budeance80@g mail.com
Media Sosial FB : Mohd Syahbuddin 
Alamat Surat-menyurat NO 3288, JLN CENGAL, BANDAR UTAMA GUA MUSANG, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di sebelah selatan negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara negeri Kelantan dengan negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya merupakan pintu masuk ke negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis. Ia juga merupakan daerah yang paling besar di Kelantan, dengan jumlah penduduk seramai 10,239 orang, masing-masing lelaki 5,448 orang dan perempuan 4,791 orang. Kedudukan yang strategik serta bentuk muka bumi yang unik dengan dikelilingi oleh gua-gua menggalakkan industri pelancongan.

Dengan adanya kemudahan jaringan perhubungan yang baik seperti jalan darat dan juga keretapi memudahkan para pengunjung dan pelancong datang ke Gua Musang. Peratusan penduduk Melayu 60.44%, Cina 22.83%, India 1.85%, dan Asli 14.88%.

Gua Musang mempunyai 3 Dun iaitu Dun Galas, Dun Nenggiri Dan Dun Paloh di bawah parlimen Gua Musang, Pusat Internet 1Malaysia Gua Musang terletak di dalam Dun Galas berdekatan dengan Kampung Tanah Puteh, Kampung Pulai, Kampung Kesedar Putra 2 hanya dalam 2 KM sahaja.

Antara kemudahan yang ada di Gua Musang Stesen Keretapi, Stesen Kereta Sewa, Stesen Bas, kemudahan Bank, Hospital, Keselamatan seperti Polis, Bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam. terdapat juga unit - unit kedai yang lama dan juga yang sedang dibangunkan untuk pembangunan masa hadapan. Kemudahan ini penting untuk merancakkan lagi sosio-ekonomi penduduk kawasan disini.