Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di sebelah selatan negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara negeri Kelantan dengan negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya merupakan pintu masuk ke negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis. Ia juga merupakan daerah yang paling besar di Kelantan, dengan jumlah penduduk seramai 10,239 orang, masing-masing lelaki 5,448 orang dan perempuan 4,791 orang. Kedudukan yang strategik serta bentuk muka bumi yang unik dengan dikelilingi oleh gua-gua menggalakkan industri pelancongan.

Dengan adanya kemudahan jaringan perhubungan yang baik seperti jalan darat dan juga keretapi memudahkan para pengunjung dan pelancong datang ke Gua Musang. Peratusan penduduk Melayu 60.44%, Cina 22.83%, India 1.85%, dan Asli 14.88%.

Gua Musang mempunyai 3 Dun iaitu Dun Galas, Dun Nenggiri Dan Dun Paloh di bawah parlimen Gua Musang, Pusat Internet 1Malaysia Gua Musang terletak di dalam Dun Galas berdekatan dengan Kampung Tanah Puteh, Kampung Pulai, Kampung Kesedar Putra 2 hanya dalam 2 KM sahaja.

Antara kemudahan yang ada di Gua Musang Stesen Keretapi, Stesen Kereta Sewa, Stesen Bas, kemudahan Bank, Hospital, Keselamatan seperti Polis, Bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam. terdapat juga unit - unit kedai yang lama dan juga yang sedang dibangunkan untuk pembangunan masa hadapan. Kemudahan ini penting untuk merancakkan lagi sosio-ekonomi penduduk kawasan disini.