Sumber Gambar JBSN
 
Pada bulan mei 2016, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah mengadakan Program Liga Sukan Untuk Semua Sempena Hari Belia Negara 2016 yang diadakan pada 6 hingga 7 Mei 2016 yang lalu. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dan menarik minat belia untuk menyertai acara sukan yang melibatkan beberapa acara sukan seperti futsal lelaki dan wanita, sepak takraw, bola jaring dan juga bola sepak 9 sebelah. 
Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, aktiviti liga sukan ini adalah cara tahunan yang amat diminati dan ditunggu oleh golongan belia pada setiap tahun kerana di sinilah belia-belia di Gua Musang dapat menonjolkan bakat masing-masing dalam bidang sukan yang dipertandingkan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam bidang sukan. 
Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah mendapat sambutan hangat dari penduduk di Gua Musang dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz Yusoff, Adun Galas. Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Salleh Ramli juga turut hadir bagi memantau program ini.
Sumber JBSN
Shahril Aziz
Pembantu Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang
 

Kredit Gambar : Facebook JPAM Gua Musang

 

Antara aktiviti belia di Gua Musang ialah mereka terlibat secara langsung dengan jabatan perkhidmatan awam (JPAM),
belia terdedah dengan masyarakat penduduk setempat apabila menjalankan tugasnya

Antara tugas yang biasa dilakukan adalah

1. Menolong pihak Hospital dalam panggilan kecemasan.
2. Bantuan kepada penduduk kampung (bencana alam).
3. Perkhidmatan kepada penduduk setempat tentang ganguan binatang berbisa.

Untuk Bantuan Sila Hubungi

09-9120723