1

 

GUA CHIKU 2


KEINDAHAN Gua Chiku 2 yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2 Gua Musang, Kelantan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar daerah ini.
Gua Chiku 2 adalah satu penemuan baharu yang berpotensi menjadi tarikan pelancong kerana keunikannya.

MASJID Razaleigh yang terletak di bandar lama, Gua Musang menyimpan cerita sejarah tersendiri. Terdapat sebuah pusara yang berada di dalam ruang solat Masjid Razaleigh, Gua Musang rupanya menyimpan kisah tersendiri yang menyayat hati. Tiada siapa menyangka bahawa terdapat sebuah pusara milik seorang wanita yang sarat mengandung telah mati dibunuh disebabkan kekejaman komunis. Nama wanita tersebut adalah Allahyarham Nik Mah Nik Soh, yang mati dibunuh komunis secara kejam di dalam longkang berhampiran jalan masuk masjid.

  

  

Taman Mini Air Etnobotani sudah rasmi dibuka kepada pengunjung pada 9 januari 2017 (isnin) akan menjadi tarikan baru di gua musang.
Timbalan Pengerusi Kesedar, Datuk Nozula Mat Diah berkata taman mini air yang pertama dibina di gua musang ini menelan belanja hampir RM800,000 dengan binaan tiga kolam untuk setiap peringkat usia bayi, kanak - kanak dan dewasa.

KOLAM AIR PANAS

Kredit : Mdgm

 

Kolam air panas yang terletak di daerah kecil Loging di Gua Musang dengan perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 15minit dari bandar Gua Musang.

kolam air panas ini mempunyai dua rangkaian iaitu Kolam Air Panas Sungai Ber dan Sungai Mering yang terletak di kawasan pedalaman dan dalam kawasan hutan simpan sungai berok.

merupakan tarikan geo pelancongan, kolam air panas sungai ber merupakan kolan air panas yang terpanas dikelantan dengan suhu (72 celcius!!). manakala kolam air panas sungai mering merupakan aliran air panas yang berbentuk air terjun bertingkat.

Sumber Gambar  malaysiasite.nl
Taman Etnobotani Gua Musang
 
ia merupakan sebagai tempat penyelidikan perhutanan dan pusat rekreasi bertujuan memelihara hutan dan produk berkaitan herba berkeluasan 35 hektar,
 
antara kemudahan lain yang ada seperti kemudahan aktiviti masa lapang, chalet, taman haiwan mini dan aktiviti untuk pengunjung seperti lawatan herba, kawasan penanaman, mendaki, perkhemahan, titian kanopi dan keindahan gua,