kredit gambar : sinar harian
Sekolah Menengah Sains Gua Musang telah beroperasi pada April 2015, ia salah satu sekolah menengah yang tercantik dan tercanggih di kelantan. Ia dilengkapi kemudahan yang sesuai dengan kecemerlangan pelajar sebelum melangkah ke tingkatan satu.
Sekolah ini juga akan memberi impak terhadap sektor ekonomi di kawasan hulu gua musang. Pengambilam pelajar pertama pada april hanya 63 orang untuk tingkatan satu dan akan meningkat di tahun akan datang.
Pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR mempunyai harapan cerah untuk ditempatkan di sekolah ini.
Kemudahan Di sekitarnya :
- Hanya 600meter dengan Pusat Internet Gua Musang, Hentian Gua Musang dan Hentian Stesen Bas Mutiara.
- 4km dari Terminal Bas Skmk.
- 4.5km dari Bandar Baru Gua Musang.
- 5km ke Bandar Lama Gua Musang.
- Mempunyai Bank Simpanan Nasional, Cimb Bank, Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Pertanian, Bank Rakyat.
Alamat :
Sekolah Menengah Sains Gua Musang
18300 Gua Musang Kelantan
Tel : 09-912 3698
Lat,Long 4.821865, 101.961446