Nama   : Mohamad Shaiful Fitri Bin Abu Talib
Umur    : 43 Tahun
Ahli       : 23 Mac 2023

 

Latar belakang

En shaiful merupakan seorang bapa yang mempunyai 2 orag anak, bekerja dalam sektor swasta dan membuat kerja sampingan seperti jualan langsung dan lain – lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi Beliau membuat resume dengan menggunakan microsoft office word yang mana kemahirannya yang agak terhad dan kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui latihan Canva Online yang dibimbing oleh PEDi Gua Musang, beliau kini telah berjaya menambah kemahiran dalam membuat resume dengan mudah di mana peserta hanya perlu memilih template yang sedia ada dan memerlukan untuk menambah data sahaja, seterusnya menghasilkan resume yang kemas dan mudah difahami.

Nama  : Mohamad Majdi Bin Mohamad Daud
Umur   : 30 Tahun
Ahli      : 30 Mac 2023

 

Latar belakang

En Majdi mula menceburkan diri dengan pembelian emas bermula dari tahun 2017, dan menjadi dealer Public Gold pada penghujung tahun 2017. Setelah terlibat secara langsung dengan perniagaan ini, pendidikan dan ilmu berkaitan emas dapat ditingkatkan dan memberi keyakinan kepada beliau untuk terus ke tahap yang lebih baik lagi.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Awal penglibatan, sukar mendapatkan jualan yang banyak. Jualan pertama dapat menikmati hasil keuntungan sebanyak RM10 sahaja. Namun ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencuba dan berusaha mencapai tahap yang lebih baik lagi.

Pengetahuan ict amat diperlukan dalam kehidupan masa kini. Jadi beliau mengambil jalan mendapatkan pengetahuan tentang ict melalui PEDi yang berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan yang diikuti di PEDi Gua Musang, banyak memberi kesan yang baik terhadap penguasaan diri beliau dalam bidang ICT. Banyak benda-benda baru dalam talian dapat diperolehi dan digunakan dalam proses mendapatkan pelanggan dan jualan beliau.
Pencapaian yang dicapai dalam perniagaan yang diceburi boleh dibanggakan dengan peningkatan jualan sehingga RM4000 dan memperolehi pelanggan terus seramai 400 orang.
Selain itu, En Majdi telah melangkah jauh dengan usaha beliau sehingga dinaikkan pangkat ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan prestasi jualannya. Ditawarkan pakej percutian ke luar negara bersama rakan niaga yang telah berjaya dan sebagainya.

Nama   : Yana Atikah Binti Mohd Badrul Hisham
Umur    : 20 Tahun
Ahli       : 18 Jan 2019

 

Latar Belakang

Cik yana atikah merupakan seorang lepasan sekolah menengah yang sekarang sedang mencari pekerjaan di sekitar gua musang, kelantan. Beliau berusaha menimba ilmu dalam bidang komputer kerana ingin mencari pekerjaan dalam perkeranian yang memerlukan kemahiran dalam penggunaan komputer. Dan beliau terus berhubung dengan petugas pedi untk mengetahui lebih lanjut tentang kelas komputer yang boleh di di sertai.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum ini cik yana datang ke PEDi hanya untuk bersama hari komuniti sahaja oleh itu beliau tidak menggunakan perkhidmatan internet sepenuhnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Selepas penglibatan PEDi, cik yana sudah mempunyai kemahiran dalam microsoft office word, excell dan power point. Beliau sudah pandai membuat surat rasmi membina jadual, membuat penggiraan secara formula dalam excell dan juga membuat persembahan dengan data yang terkumpul dengan tersusun.

Nama : Ezaidin Bin Hassan @ Kaseri
Umur : 53 Tahun
Ahli    : 09 April 2010

Latar belakang

En Ezaidin merupakan seorang bapa tunggal yang pada mulanya menjual ayam goreng di pasar malam sekitar gua musang untuk menyara keluarga yang merupakan pekerjaan tetap beliau sejak 10 tahun lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Gua Musang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari luar daerah juga mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga menjadi pengedar tepung bayam bagi peniaga yang ingin menggunakan tepung jenamanya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Nama : Mohd Faizuddin Bin Mat Rasidi
Umur : 32 Tahun
Ahli : 10 Feb 2022

  • Usahawan Berasaskan Produk Daging Kambing (Perapan Daging Kambing)

Latar belakang

 

  • En faizzudin merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan di gua musang. Beliau mula menceburi bidang ini secara sambilan pada tahu 2021.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

  • Jualan hanya kepada kenalan sahaja sekitar rm300 – rm500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Gua Musang, beliau kini telah memiliki facebook, platform shopee, kemahiran microsoft office dan kemahiran adobe photoshop dapat memudahkan segala urusan berkaitan.