Nama : Zulkipli Bin Yazid Umur : 57 Tahun Ahli : 1 Jun 2017 |
Latar belakang
Menjalankan perkhidmatan ubahsuai exzoz kenderaan dan yang berkaitan dengan pertukangan besi, bermula pada tahun 1990 rpt kesedar sungai terah di kediaman sendiri.
Berpindah ke jalan persiaran raya yang pada tahun 1992 yang kini telah menjadi pusat membeli belah.
Berpindah kali ketiga ke simpang pulai pada tahun 2005 sehingga kini.
Beliau bergarah bermula secara solo dan kini sudah ada 2 orang pekerja yang membantu dalam kerja – kerja seharian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang mengenali kenalan rapat sahaja. Pelanggan hanya terhad sekitar kampung dan kawasan gua musang dalam radius 10km sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.