Nama : Mohamad Majdi Bin Mohamad Daud
Umur : 30 Tahun
Ahli : 30 Mac 2023
Latar belakang
En Majdi mula menceburkan diri dengan pembelian emas bermula dari tahun 2017, dan menjadi dealer Public Gold pada penghujung tahun 2017. Setelah terlibat secara langsung dengan perniagaan ini, pendidikan dan ilmu berkaitan emas dapat ditingkatkan dan memberi keyakinan kepada beliau untuk terus ke tahap yang lebih baik lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Awal penglibatan, sukar mendapatkan jualan yang banyak. Jualan pertama dapat menikmati hasil keuntungan sebanyak RM10 sahaja. Namun ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencuba dan berusaha mencapai tahap yang lebih baik lagi.
Pengetahuan ict amat diperlukan dalam kehidupan masa kini. Jadi beliau mengambil jalan mendapatkan pengetahuan tentang ict melalui PEDi yang berdekatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan yang diikuti di PEDi Gua Musang, banyak memberi kesan yang baik terhadap penguasaan diri beliau dalam bidang ICT. Banyak benda-benda baru dalam talian dapat diperolehi dan digunakan dalam proses mendapatkan pelanggan dan jualan beliau.
Pencapaian yang dicapai dalam perniagaan yang diceburi boleh dibanggakan dengan peningkatan jualan sehingga RM4000 dan memperolehi pelanggan terus seramai 400 orang.
Selain itu, En Majdi telah melangkah jauh dengan usaha beliau sehingga dinaikkan pangkat ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan prestasi jualannya. Ditawarkan pakej percutian ke luar negara bersama rakan niaga yang telah berjaya dan sebagainya.