Mungkin ramai yang tidak tahu di mana lokasi restoren ini berada kerana kedudukannya sedikit dijalan belakang jalan pulai ke Kampung Batu Papan berada di hadapan pintu masuk Kampung Batu Papan dan di tepi jalan besar manakala makanan utama yang popular disini adalah berasaskan ikan kolam iaitu gulai ikan tilapia kolam dan ada juga gulai ayam.
Tetapi boleh dikatakan pelanggan yang datang ke sini adalah kerana ingin merasakan nikmat gulai ikan tilapia yang di katakan popular sejak sekian lama. Ikan yang dihasilkan adalah daripada kolam bersebelahan restoren itu sendiri, itu yang menjadikan uniknya kerana ikan disitu telah lama di ternak di kolam itu yang bersebelahan dengan gua.
Tetapi jika stok ikan tidak mencukupi beliau terpaksa mengambil daripada luar untuk memenuhi hati pelanggan yang datang di restorennya.
waktu operasi bermula 9.00 pagi - 2.00 petang