Kredit : lobaisantai
Restoran ini dibina di sebelah kiri jalan (Kuala Lipis - Gua Musang) dengan sebuah kolam buatan dasar semulajadi yang berekar-ekar luasnya.
Keistimewaan Restoran Bayu Lenang ini adalah sangat sesuai untuk sekeluarga yang penat merehatkan badan. Di sini terdapat masakan panas yang lazat terutamanya menu berasaskan Thailand dan ala-Chinese pada harga yang sangat berpatutan.
Keistimewaan lain boleh didapati disini....
1.Yuran untuk memancing adalah hanya RM25 untuk 3 jam. Tiada had akan timbangan kecuali JIKA hasil tangkapan melebihi 10kg pihak pengurusan Bayu Lenang bersedia untuk membayar harga ikan INDUK tersebut demi menjaga populasi ikan dalam kolam.
2.Menyediakan khidmat masakan secara terus dan segar serendah harga RM9 untuk ikan seberat 1kg kebawah.
Waktu Operasi
Hari : Setiap Hari
Masa : 3 Ptg – 12 Tgh Malam
Tutup : Jumaat
Untuk tempahan sila hubungi
pengurus Restoran Bayu Lenang ,
019-474 1897 (Tie)
011-1792 8299 (cik)
Point koordinat 4.808711,101.968695
Sumber : kedaimakankelantan.blogspot.com