Taman Mini Air Etnobotani sudah rasmi dibuka kepada pengunjung pada 9 januari 2017 (isnin) akan menjadi tarikan baru di gua musang.
Timbalan Pengerusi Kesedar, Datuk Nozula Mat Diah berkata taman mini air yang pertama dibina di gua musang ini menelan belanja hampir RM800,000 dengan binaan tiga kolam untuk setiap peringkat usia bayi, kanak - kanak dan dewasa.


ia berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan di Malaysia kerana di Taman ini juga dilengkapi Taman Herba, Rock Climbing dan Pusat Urutan Tradisional seterusnya mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

**WAKTU OPERASI**

Dibuka setiap hari:

A. Hari Biasa : 10.00 am hingga 7.00 pm
B. Cuti Am : 9.00 am hingga 7.00 pm

**Untuk makluman anda, harga tiket bagi memasuki Taman Mini adalah RM5 bagi dewasa dan RM 2-3 bagi kanak-kanak.**

**KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN MINI AIR ETNOBOTANI:

1. Cafe
2. Taman Herba
3. SPA dan Sauna
4. Surau
5. Tandas/Bilik Persalinan
6. Aktiviti Riadah (Berbasikal,Jogging dll)

Sebarang Pertanyaan:

Bahagian Pengurusan
KESEDAR INN SDN BHD (KISB)
(milikan penuh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Jalan KESEDAR Inn, 18300 Gua Musang Kelantan.

Tel: 09-9121229/09-9121491


Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.