Nama : Norazlina Binti Aruien |
- Latar Belakang
- Cik norazlina merupakan seorang lepasan sekolah menengah yang sekarang sedang mencari pekerjaan, memandangkan cik azlina belum mendapat pekerjaan lagi beliau terus ke pusat internet gua musang dengan mengetahui kewujudan daripada kenalannya.
- Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
- sebelum penglibatan pusat internet, cik norazlina hanya pandai melayari internet seperti youtube dan facebook sahaja.
- Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
- Selepas penglibatan Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, cik norazlina kini sudah mahir menggunakan microsoft office dan boleh melakukan kerja – kerja berkaitan menaip. Beliau juga boleh menggunakan menghantar menerima emel dan juga pandai mencetak hasil kerja yang dilakukan.
Nama : Mohd Zamri Bin Md Jusoh Umur : 34 Tahun Ahli : 18 April 2014 |
Latar Belakang
En Mohd Zamri sudah lama memulakan perniagaan ini secara sendirian tanpa mempunyai kedai. Dengan bermula modal hanya beberapa ratus sahaja beliau kini menjalankan perniagaan berasas perkhidmatan seperti One Xox, Tune Talk dan lain – lain.
Sehingga kini beliau masih menjalankan perniagaan dengan cara yang masih lama iaitu dengan mencari pelanggan hanya dengan kenalan sahaja.
Sebelum Penggunaan ICT
Perniagaan En Mohd Zamri bermula dengan ajakan kawan – kawan supaya boleh menambah pendapatan sampingan tambahan pula modal yang tidak besar.
Selepas Penggunaan ICT
Facebook merupakan alat medium yang utama ketika ini yang digunakan oleh en mohd zamri untuk membuat pengiklanan penuh masa kerana ia amat popular ketika ini.
En Mohd Zamri telah banyak kali hadir kelas yang di adakan oleh Pusat Internet Gua Musang untuk mempelajari selok belok tentang penggunaan facebook ini secara lebih mendalam lagi.
Nama : Muhammad Faiz Bin Iskandar Umur : 11 Tahun Ahli : 4 Jun 2018 |
Latar Belakang
Muhammad Faiz Merupakan Seorang Pelajar Sekolah Rendah Yang Hanya mengikuti kawan – kawanya bermain di pusat internet, beliau tidak tahu menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT
Beliau tidak pernah bermain komputer sendirian menjadikan minat itu untuk belajar untuk mahir dalam menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT
Dengan kehadiran beliau di pusat internet selama sebulan, beliau kini boleh menggunakan komputer sendir. Beliau boleh membuka komputer, menggunakan mouse dan keyboard dengan mahir. Kini beliau mahir melayari internet terutama youtube untuk mempelajari pelajaran dan tidak agak bosan untuk belajar.
Nama : Nik Azman Bin Nik Musa Umur : 42 Tahun Ahli : 1 Jan 2019 |
Latar Belakang
En Nik Azman memulakan perniagaan ini dengan menggunakan kemahiran yang diperolehinya setelah sekian lama bekerja dalam bidang berkaitan lebih dari 18 tahun. Bermula dengan berhijrah ke Kuala Lumpur, berkerja dengan banyak syarikat dan kompeni berkaitan kimpalan menjadikan pengalaman tersebut sebagai pencetus untuk berniaga sendiri jika berpeluang.
Namun dengan pengalaman dan modal yang ada, beliau kembali ke kampong halaman Gua Musang serta memulakan pernigaan ini secara kecil-kecilan dengan bermodalkan modal yang terhad. Dengan bantuan dan sokongan keluarga, sahabat dan kenalan, beliau dapat mengembangkan perniagaan dan boleh menyewa bengkel di Simpang Jalan Kg Pulai Gua Musang.
Sehingga kini, En Nik Azman dapat meneruskan perniagaannya dengan penambahan dari segi barang niaga dan mampu untuk bersaing serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.
Sebelum Penggunaan ICT
Perniagaan En Nik Azman bermula apabila beliau sendiri sudah memahami selok belok ICT. Ketika sebelum ini, beliau tidak berani untuk membuka perniagaan sendiri kerana untuk mencari pelanggan serta pembekal yang terbaik memang keperluan ilmu ICT amat diperlukan.
Oleh yang demikian, sebelum beliau mahir dalam penggunaan ICT untuk perniagaan, beliau masih belum yakin untuk membuka perniagaan sendiri sebagaimana kejayaan yang dicapai pada hari ini. Kekangan masa dan persaingan dalam perniagaan juga menjadi halangan utama ketika sebelum mengenal ICT. Maka dengan masa yang ada tersebut beliau menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk mempelajari secara tidak langsung perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT.
Selain itu, En Nik Azman dari segi pengiklanan dan target pelanggan yang sukar menjadikan kos yang tinggi untuk tujuan berkenaan jika tanpa ilmu ICT. Beliau tidak mahu menghabiskan kos yang sia-sia untuk pengiklanan yang boleh mendatangkan hasil. Namun penyelesaian En Sanusi boleh diselesaikan dengan penglibatan ICT dan Pusat Internet.
Selepas Penggunaan ICT
Beberapa perkara yang dilihat mampu memberikan kesan yang baik ke atas perniagaan beliau.
- Pengurusan Pembekal
- En Nik Azman mempunyai senarai pembekal banyak serta berpeluang membuat pilihan yang terbaik bagi memaksimakan keuntungan pernigaaannya. Melalui carian di internet serta wujud pelbagai aplikasi dan kumpulan peniaga yang banyak, ini membuatkan perniagaan beliau melakukan kombinasi harga sebelum membuat sesuatu tempahan. Masa dan tenaga lebih jimat melalui carian di internet di platform yang terjamin sehahihannya.
- Pengurusan Pelanggan
- Beliau mempunyai sasaran untuk memilih pelanggan mengikut kesesuaian produk yang dibekalkan.
- Dalam masa yang sama iklan dapat disampaikan kepada pelanggan setelah mengenalpasti pelanggan melalui aplikasi-aplikasi yang tersedia khususnya penggunaan media social dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.
- Iklan dan Promosi
- Tidak dapat dinafikan dengan penggunaan media social serta aplikasi yang pelbagai di internet dengan tujuan perniagaan memang kesannya amat memberangsangkan. Oleh yang demikian, pengurusan yang cekap dalam memastikan kelancaran iklan dan promosi ini dapat dipantau dengan lebih efektif.
- Tidak ditinggalkan, kaedah manual masih lagi digunakan. Rakan sahabat sebagai penyambung lidah iklan merupakan asset besar dalam memperkembangkan perniagaan beliau.
Nama : Zairol Azman Bin Abdullah Umur : 47 Tahun Ahli : 24 Ogos 2019 |
Latar Belakang
Menjalankan perniagaan berpusat di Bandar Lama Gua Musang hampir lebih 10 tahun bermula awal tahun 2009. Merupakan seorang bekas tentera laut yang berkhidmat di Pangkalan tentera Laut Lumut Perak. Setelah tamat perkhidmatan, beliau mengikuti kursus pendawaian elektrik sebelum memasuki alam pekerjaan selepas pencen tentera.
Mula melakukan kerja-kerja pendawaian secara kecil-kecilan dan kadangkala juga cuba untuk melaksanakan kerja-kerja sub kontraktor dan megambil bahagian dalam tender-tender kerajaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja di sekitar Gua Musang, kadangkala meliputi kawasan luar dari Gua Musang yang bergantung atas permintaan pelanggan.
Alhamdulillah perkembangan perniagaan amat memuaskan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Peniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang datang ke kedai dan tempahan berdasar kepada kenalan sahaja. Pelanggan hanya terhad dan kerja-kerja juga tidak begitu banyak. Hanya di sekitar bandar Gua Musang sahaja.
Pergerakkan juga terhad dan perkhidmatan khusus untuk pendawaian sahaja. Jarang sekali mendapat tempahan perkhidmatan lain seperti service penyaman udara dan memperbaiki alatan mesin.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja tertakluk kepada pendawaian elektrik sahaja.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.