ASAS KOMPUTER, BELAJAR MANAIP DAN BERINTERNET
|
Latar belakang
Bermula bulan Ogos 2018, peserta ini telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Gua Musang untuk mempelajari kemahiran asas-asas computer. Selepas tamat persekolahan tingkatan 5, kebetulan beliau tidak melakukan sebarang aktiviti seperti bekerja atau sambung belajar, beliau ingin menggunakan masa terluang berkenaan dengan mengkuti kelas Komputer yang disediakan di pusat internet.
Peserta merupakan seorang lepasan sekolah yang tinggal di kampong berdekatan iaitu Kg Tanah Putih yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Pusat Internet Gua Musang
Peserta ini tiada kemahiran dalam pengendalian komputer dan hanya tahu serba sedikit berkaitan dengan penggunaan compute sahaja, jadi pihak petugas Pusat Internet mengambil inisiatif untuk menyediakannya dengan kelas latihan asas-asas perkomputeran di samping kelas kemahiran baru Microsoft Office Word, Excel dan powerpoint.
Setelah itu, peserta telah Berjaya mengikuti beberapa siri kelas latihan sama ada berbentuk dalam kumpulan dan juga latihan individu, ianya menampakkan kesan dan beliau kini telah mahir tentang beberapa perkara berkaitan dengan penggunaan computer. Ianya merangkumi kemahiran asas, penggunaan emel dan internet serta beberapa aplikasi yang mampu dikendalikannya.
Manakala, kemahiran baru seperti menaip laju, membuat dokumen seperti surat dan laporan Berjaya dilakukannya sebagaimana latihan yang diberikan. Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran yang beliau ada, maka beliau disarankan untuk menggunakan tempoh percuma sebagai medan latihan semasa tiada aktiviti yang dilakukan.
Akhir sekali peserta ini telah Berjaya keluar dari tahap tiada ilmu kepada celik ilmu perkomputeran hasil usaha gigih beliau sendiri untuk hadir ke kelas latihan yang disediakan oleh Petugas-petugas Pusat Internet Gua Musang. Syabas dan tahniah diucapkan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tiada kemahiran berkaitan emel, internet dan kemahiran baru seperti Microsoft Office
- Tidak biasa dan sangat jarang menggunakan computer sebagai medium untuk melaksanakan kerja-kerja harian
- Tiada kemahiran dalam aplikasi dan sebahagian kemahiran perkomputeran
- Kurang informasi berkaitan dengan program-program kesedaran seperti Klik Dengan Bijak, E-waste serta program advokasi yang lain
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Berjaya menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan asas-asas perkomputeran yang mana di zaman ini amat memerlukan kemahiran berkenaan.
- Dapat membiasakan diri menggunakan computer secara lebih mahir dan dapat mengenalpasti kesesuaian aplikasi untuk tugasan yang akan dilaksanakan
- Menambahkan ilmu tentang advokasi dan kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah dan dapat sentiasa berwaspada dengan sesuatu viral atau bahan dari internet yang mencurigakan sebelum mengongsikan sesuatu.
- Memperolehi maklumat dan menyampaikan kepada rakan serta sanak saudara berkaitan sesuatu yang tidak betul atau tidak sahih dan kesannya jika ianya tidak dipatuhi.
- Bersedia untuk memohon mana –mana institusi pekerjaan dan menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. Peserta lebih yakin dan bersedia untuk berada di pasaran kerja
USAHAWAN KEDAI DOBI LAYAN DIRI 24JAM
|
Latar belakang
En Azrul merupakan anak tempatan Gua Musang yang menjalankan perniagaan Dobi Layan Diri 24 jam bermula sejak 2016 lagi. Kini kedai dobinya semakin maju dan mendapat pujian ramai hasil perkhidmatan yang dilaksanakannya adalah antara yang terbaik.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI
Menggunakan media social seperti facebook sebagai pentas utama dalam memberikan informasi serta aktiviti perkhidmatan dobi beliau kepada masyarakat umum. Juga memberi respon serta maklum balas yang terbaik serta melayan kerenah pelanggan yang pelbagai secara bijaksana. Menjadikan media social sebagai medium utama hubungan dengan pelanggan nampaknya memberikan hasil yang lebih dan Berjaya bagi perniagaan Dobi Alish Layan Diri 24 jam ini.
KEDAI PAKAIAN / KELENGKAPAN HAJI
|
Latar belakang
Merupakan anak muda lepasan politeknik dan menjalankan perniagaan perkongsian bersama bapanya. Menjalankan perniagaan kelengkapan haji dan umrah tertumpu hanya di kedai sahaja. Juga menjalankan urusniaga mencari pelanggan melalui cara biasa yang ada di sekitar Gua Musang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya menjual di unit kedai sahaja dan kenalan terdekat
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penggunaan internet dan media social, beliau dapat meluaskan pasaran menjual pakaiannya kepada sesiapa sahaja. Malah beliau boleh mensasarkan siapakah yang diingini untuk dijadikan sasaran pelanggan. Melalui aplikasi di facebook beliau boleh mengisih dan memilih bakal pelanggan secara lebih spesifik.
USAHAWAN PERKHIDMATAN KERETA ANGKUT
|
Latar belakang
En Sanusi memulakan perniagaan ini dengan menggunakan kemahiran yang diperolehinya setelah sekian lama bekerja dalam bidang berkaitan hampir 10 tahun. Bermula dengan sebuah lori angkut sehinggalah beliau mampu membeli beberapa kenderaan lain lagi termasuk loader muatan besar, lori angkut pasir atau tanah dan mini excavator.
Sebelum penggunaan ICT
Perniagaan En Nik Sanusi tidak berkembang sebagimana yang diharapkan. Dalam usaha mencari pelanggan, sesuatu mesti dilakukan untuk mengatasi masalah mendapatkan pelanggan atau pengguna perkhidmatan berkenaan dengan maklumat dan informasi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Selain itu, En Nik Sanusi juga tidak mahu menghabiskan kos yang sia-sia untuk pengiklanan yang boleh mendatangkan hasil. Namun penyelesaian En Sanusi boleh diselesaikan dengan penglibatan ICT dan Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT
En Sanusi telah menggunakan kemudahan yang ada di pusat internet, secara tidak langsung penggunaan media social dan kemudahan lain seperti menanda lokasi dalam google maps adalah yang dibuat oleh En. Sanusi.
Oleh yang demikian, perniagaan en sanusi mudah untuk dibuat carian oleh mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Selain itu, menggunakan facebook sebagai medium pemasaran dan pengiklanan adalah yang mudah dan murah berbanding kaedah lain. Ini dapat dibuktikan melalui penyiaran status nya ke facebook secara tidak langsung menarik perhatian netizen dan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat perniagaannya
- KEDAI BAKERY DAN KEK
|
- Latar belakang
Menjalankan perniagaan bakery dan kek ini di sekitar kawasan Gua Musang melalui penggunakan media social seperti Facebook dan aplikasi smartphone yang lain. Juga menjalankan urusniaga mencari pelanggan melalui cara biasa dengan membuka unit kedai di bandar baru gua musang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hanya menjual di unit kedai yang disewa sahaja dan kawasan sekitar dan kepada kawan – kawan atau kenalan kawan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penggunaan internet dan media social, beliau dapat meluaskan pasaran menjual kek dan perkhidmatan bakery kepada sesiapa sahaja. Malah beliau boleh mensasarkan siapakah yang diingini untuk dijadikan sasaran pelanggan. Melalui aplikasi di facebook beliau boleh mengisih dan memilih bakal pelanggan secara lebih spesifik.