Nama : Nur Auni Binti Mohd Zuki Umur : 22 Tahun Ahli : 6 Aug 2016 |
Latar belakang
Cik nur auni merupakan anak tempatan gua musang, tinggal di perumahan jpn jalan gua musang - kuala lipis, bermastautin di gua musang sudah melebihi 10 tahun sehingga kini. Tinggal bersama keluarga dan masih lagi belum berkahwin. Sudah lima tahun tamat dalam pendidikan menengah, kini beliau masih belum bekerja dan masih lagi berusaha. Dengan tidak mempunyai pekerjaan, cik nur auni ingin mencuba nasib dalam perniagaan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan pada masa ini hanya tertumpu kepada kenalan dan dalam platfom whatapp dan facebook peribadi sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan platfom shopee, penjualan sangat mudah di uruskan, kerana hanya memantau dalam aplikasi jika ada pesanan terus di proses untuk penghantaran. Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui shopee dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan. Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.
Nama : Emmy Nurissya Binti Roswadi Umur : 18 Tahun Ahli : 1 September 2020 |
Latar Belakang
Cik Emmy Nurissya merupakan seorang lepasan sekolah yang sekarang sedang mencari kerja. Tinggal di kg baru star gua musang.
Mengenali pusat internet sejak 2019 lagi melalui kenalan yang selalu datang untuk menggunakan perkhidmatan di sini.
Disebabkan kemahiran berkomputer adalah wajib untuk menjadi seorang kerani oleh itu, beliau memberanikan diri untuk meningkatkan lebih banyak ilmu berkaitan komputer khususnya microsoft office yang sering kali banyak digunakan dalam kerja – kerja kerani am.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan pusat internet, Cik Emmy Nurissya hanya pandai melayari internet seperti youtube dan facebook sahaja. Ada pun hasil kerja berkaitan microsoft office dengan banyak kesalahan yang perlu di betul dengan teknik – teknik.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan Melalui kelas dan latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Gua Musang, Cik Emmy Nurissya kini sudah mahir menggunakan microsoft office dan boleh melakukan kerja – kerja berkaitan menaip. Beliau juga boleh menggunakan menghantar menerima emel dan juga pandai mencetak hasil kerja yang dilakukan.
Nama : Norhidayah Binti Yaso Umur : 33 Tahun Ahli : 20 Dec 2018 |
Latar belakang
Menjalankan perniagaan hanya dirumah sekitar tahun 2018, kebanyakan pelanggan hanya kenalan facebook sahaja, kini berpeluang menyewa unit kedai dalam pasar besar gua musang untuk memudahkan pengurusan stok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan hanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang dalam kenalan terdekat dan melalui kawasan itu sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian.
Nama : Mazlina Binti Jaafar Umur : 29 Tahun Ahli : 21 Febuari 2020 |
Latar belakang
Puan Mazlina merupakan anak kelahiran Felda Chiku 1 dan menetap di sana. Setelah berkahwin mula berhijrah ke Lembah Klang mengikuti suami ke sana. Menyedari kehidupan yang semakin memerlukan sumber pendapatan yang lebih dari biasa, beliau berusaha untuk mempelajari kemahiran komputer dan teknologi baru ini bagi mengubah cara hidup kearah yang lebih baik.
Mula mencari kursus-kursus kemahiran terutama komputer bagi mencuba mengisi jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan di media massa dan media social.
Oleh yang demikian, beliau bertekad mengikuti kelas-kelas komputer di Pusat Internet.
Mula mengikuti kelas-kelas pada hujung minggu bagi memastikan kemahiran dapat diperolehi disamping membuat kerja-kerja yang lain utnk sumber pendapatan keluarga.
Alhamdulillah, berkat kerajinan beliau, sedikit demi sedikit kemahiran yang dipelajari dapat digunakan dan berpeluang memohon jawatan-jawatan tertentu di web-web kerjaan serta swasta.
Sehingga kini ada beberapa siri temuduga yang perlu dihadiri dan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada beliau setelah mempunyai kemahiran yang sebelum ini tiada
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang pemahaman tentang komputer serta cara mengendalikannya walaupun biasa menggunakannya.
Tiada kemahiran yang diperlukan pada masa kini yang sepatutnya ada dikalangan belia dan wanita hari ini.
Banyak menggunakan sesuatu teknologi dengan mencuba sendiri tanpa mendapatkan panduan hari orang-orang yang mahir tentangnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perkembangan yang baik dalam memperlajari ilmu pengetuan computer, secara tidak langsung beliau boleh menggunakan apliksai lain bagi memenuhi permintaan pasaran kerja masa kini.
Mempelajari aplikasi-aplikasi baru yang membolehkan beliau mencuba nasib melalui permohonan tawaran kerja dari syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.
Kemahiran menaip serta kemahiran lain juga secara bersama diperolehi dengan sikap keberanian mencuba tersebut
Nama : Natasha Idha Binti Sarman Umur : 24 Tahun Ahli : 26 Jul 2020 |
Latar belakang
Merupakan agent jualan coway sepenuh masa, mencari pelanggan hanya melalui kenalan facebook, whatapps sahaja. Bermula dalam 2 tahun yang lepas beliau menjalankan perniagaan ini kerana tidak menpunyai risiko menyimpan stok, hanya perlu mencari pelanggan sahaja dan semua urusan akan diproses oleh pihak coway.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mencari pelanggan melalui kenalan terdekat, menyebarkan flayer, membuat promosi di taman – taman perumahan dalam linkungan 15 km dari kediannya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan media sosial dengan penggunaan Facebook, Whatapps dan Telegram, tempahan pelanggan serta permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi.
Pasaran juga terbuka setelah perniagaan diiklankan melalui media sosial dan peranan kecanggihan teknologi terkini memberikan info yang berguna dan mudah untuk dicapai sebagai medium perkembangan perniagaan yang dijalankan.
Maklumbalas pengguna/pelanggan juga cepat dan berkesan dalam memperbaiki kelemahan dalam setiap perkhidmatan yang dibuat. Dengan kata lain, peranan ICT dalam kehidupan perniagaan dapat melonjakkan perniagaan dan beliau tidak melepaskan peluang demikian