USAHAWAN REKA GRAFIK
Nama : Mohd Fakri Razif Bin Md Noor Umur : 37 Tahun Ahli : 12 Mei 2017 |
Latar Belakang
Menjalankan perniagaan menghasilkan reka grafik untuk dicetak pada kain rentang, bunting, baju dan sebagainya. Manakala percetakan baju, cenderahati dan produk-produk berkaitan percetakan silk-skrin juga beliau ceburi.
Bermula daripada pengalaman bekerja dalam bidang yang sama, beliau berani untuk keluar dan menceburkan diri dengan membuka perniagaan sendiri sekitar tahun 2015 dengan nama Qisyagi Art and Design.
Alhamdulillah, dengan membuka perniagaan baru ini, perkembangan perniagaan memuaskan disamping terus menjalin hubungan mesra dan perniagaan di tempat kerja lama serta saling berkongsi dan memerlukan antara satu sama lain bagi memastikan kebersamaan dalam membangunkan perniagaan yang diceburi.
Pada tahun 2017, perkembangan perniagaan yang semakin maju mendorong beliau membuka satu cawangan di bandar baru Gua Musang juga.
Selain itu, beliau tidak sahaja berniagaan hanya satu produk tapi mencuba mencari sampingan yang lain untuk memastikan kesinambungan pendapatan boleh ditambah. Menjual sabun, produk-produk kecantikan dan sebagainya adalah sumber pendapatan sampingan yang disokong penuh oleh isterinya yang merupakan pendorong kuat disebalik kejayaan beliau.
Apapun, beliau dapat berbangga dengan apa yang diperolehi sekarang dan mengharapkan suatu masa perniagaan beliau akan terus berkembang dan maju lagi InsyaAllah.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Di awalnya perkembangan sudah mengikuti teknologi semasa dengan perkembangan media sosial dan ict. Kemahiran komputer merupakan asas kepada perkembangan perniagaan yang diceburi, namun dengan sumber yang terhad dan penggunaan kemahiran ICT yang tidak meluas, menyebabkan juga perniagaan tidak berkembang pesat dan terhad
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan adanya perkembangan ilmu yang baharu khususnya dalam ICT, perkembangan perniagaan beliau dapat dijanakan dengan lebih baik.
Penggunaan media sosial banyak mempengaruhi perkembangan perniagaan beliau. Penggunaan WhatsApps, Telegram, Facebook Page dan lain-lain aplikasi amat merangsang perkembangan perniagaan beliau.
Selain itu, penambahan ilmu dalam bidang berkaitan dapat melebarluaskan lagi perkembangan perniagaan beliau.
-
Nama : Mohamad Faris Bin Mohamed Rizwan
Umur : 10 Tahun
Ahli : 1 Jun 2015
Latar belakang
Mohamad faris merupakan seorang pelajar sekolah rendah sek gua musang. Beliau hanya mengenali pusat internet melalui rakan – rakanya sahaja..
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya beliau hanya hadir mengikuti rakanya sahaja yang menggunakan komputer. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini menjadikan beliau segan dan tidak biasa untuk bermain tambahan pula komputer agak mahal untuk dimiliki oleh keluarganya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan kehadirannya ke pusat internet berulang kali, menarik minatnya untuk mencuba sendiri. Dengan bantuan petugas beliau boleh melayari youtube hanya beberapa jam selepas belajar, mungkin minat yang mendalam mendorongnya untuk belajar menjadikan penggunaan mudah dan cepat. Beliau kini boleh bermain youtube dengan sendiri dengan pemantauan petugas pusat internet.
PERNIAGAAN SPA
Nama : Nor Azura Bt Zakaria Umur : 37 Tahun Ahli : 1 Januari 2019 |
Latar belakang
Puan azura menjalankan perkhidmatan spa (Alieya Home Spa) secara kecil – kecilan yang hanya bertumpukan sekitar di perumahan sahaja. Beliau mula beroperasi sejak 3 tahun yang lalu..
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ict jumlah pelanggannya hanya penduduk di kawasan sekitar sahaja kerana kurang promosi yang membolehkan pelanggan mengetahui perkhidmatan yang beliau sediakan. Perkhidmatanya agak terhad kerana hanya diketahui kenalan terdekat dan orang – orang kawasan kejiranan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pusat internet gua musang, puan azura sudah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosi produk dan perkhidmatan beliau dengan lebih meluas. Capaian jarak pelanggan beliau kini antara 40 radius kebawah kerana perkhidmatan spa memerlukan pelanggan yang tidak terlalu jauh untuk datang dan bagi menjimatkan kos target promosi beliau di dalam page facebook . Kini pelanggan beliau meningkat dengan penggunaan facebook berbanding dengan cara yang lama.
PRODUK KESIHATAN
Nama : Syed Azhar Bin Syed Alwi Umur : 46 Tahun Ahli : 5 Januari 2017 |
Latar belakang
Menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan melalui online market yang mana telah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan membina kumpulan kerja yang bersama-sama mengharungi perniagaan tersebut dari segi penjualan, taklimat ilmu perniagaan, bengkel-bengkel dan pemasaran. Diketuai oleh mereka yang berpengalaman dan mengambil tip serta langkah-langkah menjalankan perniagaan mereka dalam merealisasikan perkembangan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan produk kesihatan secara tradisional tanpa menggunakan teknologi kini amat menyukarkan khususnya dari segi mendapatkan pelanggan serta mempromosikan sesuatu produk. Kesukaran dalam menentukan produk yang diminati oleh pelanggan menyebabkan tersalah menyimpan stok yang akan merugikan peniaga. Selain itu, kaedah pembayaran dan status pembayaran juga lambat diterima jika masih menggunakan kaedah lama dalam perniagaan. Jadi usahawan akan menjadi ketinggalan dari sudut informasi dan pergerakan perniagaan menjadi lembab serta usahawan akan kurang yakin dengan perniagaannya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas diperkenalkan urusan penjualan barang niaga sangat mudah diuruskan. Pernah juga mencuba sesuatu yang baru hasil daripada carian sendiri melalui internet, namun tanpa dorongan dan bantuan dari pihak pusat internet ianya sukar dicapai. Saya bersyukur dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam perniagaan saya semoga ianya menjadi titik mula untuk saya mengembangkan lagi perniagaan saya
BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET (YOUTUBE)
Nama : Abas Bin Mohd Hata Umur : 20 Tahun Ahli : 16 September 2019 |
-
Latar belakang -
En Abas merupakan seorang OKU yang berumur 20 tahun. Pada mulanya dia mengenali pusat internet melalui rakan kenalannya setelah berpindah rumah yang berdekatan dengan pusat internet. -
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI -
Pada mulanya beliau hanya hadir ke pusat internet untuk melihat rakan – rakannya bermain komputer sahaja. -
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI -
Selepas beliau beberapa kali hadir ke pusat internet, menarik minat untuk belajar menggunakan internet. Dengan bantuan petugas beliau boleh melayari youtube untuk sebagai langkah awal dalam penggunaan internet kerana beliau bukan seorang yang berbeza dengan kanak – kanak yang lain.